Cheq sudah selamat dilahirkan sebagai bayi yang cukup sifat. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi. Berat cheq masa tu kira ok la. 2.75 kg. Tak la besaq dan tak la ringan sangat. Hari kedua dah boleh balik. Oh ya masa kat spital, tokwan yang azan kan. Paih Tu abah plak. Mama nak berpantang di Megat Dewa. Abah ok ja.
Cam ni la lebih kurang rupa minyak celak- gambaq ehsan google
Masa di Megat Dewa cheq tak boleh tidoq. Ada orang kata cheq nampak macam-macam. Habih semua jadi kalut. Mau tak kalut, malam pertama di Megat Dewa cheq menangis sampai pukui 6 pagi. Begitulah tiap2 malam. Tok pi cari penawaq merata. Biasa la, air penawaq, minyak celak, bedak sejuk dan sebagainya. Ada jugak yang suruh perasap sabut nak bagi benda tu lari.
Mcm2 ihtiaq di lakukan tapi cheq tetap jugak macam tu. Semua orang naik takut bila hari nak malam sebab cheq akan mula menangis. Kot sebab nak buaian, abah dah beli. Siap pakai elektrik lagi. Tak mau jugak. Lampin kot, tukaq pakai Mami Poko. Mahai tu. Xmau gak. Last2 tok kata mungkin kena tukaq tempat. Jadi terpaksalah mama berpantang di Kota Sarang Semut (KSS) plak. Abah suka la sebab kg dia.
Tapi apakan daya, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Kat KSS pun cam tu gak. Malam je cheq qheyau. Awat eh? Abah bawak pi klinik. Klinik pertama pi Klinik Dr Ayad kat area Stesyen Bas Baru. Dia kata cheq sakit telinga. Bila mama Sakit telinga cam mana, dia marah mama balik. "Sakit telinga la!". Ingat lagi ayat dia. Leh agak la apa jadi kan. Tak sembuh gak.
Kendian abah bawak pi Klinik Dr Yeoh Pakar Kanak2 kat lorong merpati. Pi sana kena pi awai. Kalu boleh 7.45 a.m kena tunggu depan pintu dah. Amik no. dulu. Dr kata ada masalah kembung perut. Klinik ni mahai sket. Paling lekeh pun kena RM50.00 tp berbaloi sb ok. Balik tu cheq ok la sket tp bukan 100%. Tak pa la, cheq menangis sekali sekala ja.
Abih pantang, mama bawak cheq balik Taman Inang. Sini cheq start menangis balik. Abih hingaq 1 taman. Makcik sebelah ajak pi amik ubat kat umah sorang bomoh dekat ngn spital. Pi amik ubat lagi. Sana, bomoh pompuan tua tu kata mama ada janji nk beli rantai sebelum cheq lahir dulu. Mama bangkang tp beli gak rantai silver bagi cheq pakai 2-3 ari. Hehe, cm biasa, cheq menagis gak bila malam.
Last2, Pakcik Yusof sebelah umah pi amik ayaq penawaq dari kawan dia kat Tandop sekali ngn minyak celak. Dari hari tu sampai sekarang Alhamdulillah dah tak menangis dah malam. Alaa, takat cheq menangis lapaq susu tu ada la lg. Normal la tu. Terima Kasih Pakcik Yusof. La ni org selalu tanya mama ngn abah cheq berubat kat mana tp depa nk habaq pun tak tau sb Pakcik Yusof pi amik ayaq ngn Makcik Na ja. Tak pa lah, Nanti kalo sapa nk wat ayaq penawaq kita ajak Pakcik Yusof pi umah kawan dia.
No comments:
Post a Comment