Saturday, May 15, 2010

Mimik Muka 2

Bukan senang nk buat nih. Cuba tengok.

Salam. Selamat berjumpa kembali. Kali ni cheq nak bercerita sikit mengenai perkara yang cheq wat sepanjang minggu ni. Sikit ja tau. Berdasarkan tajuk pun orang boleh agak dah kan. Betuiii. Minggu ni cheq asyik buat mimik muka ja. Seronok pun ada sebab semua orang ketawa bila tengok cheq buat mimik muka. Posting yang sebelum ni, ada gak yang mengenai buat mimik muka ni. Ni kira posting follow up la.

Nak dijadikan cerita, MakSu yang sedang study kat UITM Shah Alam balik bercuti.


Agaknya sebab rindu sangat nak main ngn cheq, dia tak balik terus umah tok kat Megat Dewa tapi stay kat umah cheq seminggu. Kena pulak pada hari Selasa lepas, MakLong kena pi padang (sawah) jap. Ada la hal orang tua2 yang kena buat. Jadi hari tu, MakSu la yang mengasuh cheq sementara tunggu mama balik kerja.

Hehehehe. Maaf, cheq ketawa dahulu sebelum cerita. Pada hari Selasa tu, masa MakSu jaga cheq, cheq dah terbuang air besaq. Mula2 MakSu tak perasan lagi tapi bila dah terbocor hingga terkena betis cheq, teruih MakSu bawak cheq pi bilik air. Apa lagi...tercatat la lagi satu sejarah buat MakSu apabila pertama kali mencuci air besaq cheq. Hehehe. Tima Kacih MakSu.

Opss, tercerita bab lain pulak. Masuk balik bab mimik muka. Mula2 cheq selalu buat mimik muka seperti merenyukkan muka. Alaa, buat mata kecik tu. Kalau mama cakap " buat mata, buat mata", cheq pun buat la. Time ni pulak cheq selalu gaduh ngn MakSu sebab dia selalu ketawa bila tengok cheq buat mimik muka. 

"Buat Mata Buat Mata", kata Mama.



Lepaih tu, cheq belajaq pulak buat mimik muka guna mata sekali ngn mulut. Kali ni siap muncung mulut lagi. 

Susah woo nak snap pic ni. Kesian abah.


Muncung mulut yang terpanjang sekali.



Muncung mulut dari sudut tepi.


Hujung minggu yakni Jumaat & Sabtu bagi negeri Kedah ni, cheq boleh yang terbaru iaitu mimik muka sambil hembus angin dari mulut. Fuh! Fuh! Fuh!.

Fuh! Fuh! Sampai menyembur air liur.


Nampak cam senyum tapi sebenarnya tengah tiup angin


Yang ni pulak nampak cam tengah nangis tapi tengah menyembur air liur.



Cukup tu dulu untuk posting kali ni. Kan awai2 tadi cheq dah cakap nk buat pendek2 ja. Blog cheq ni blog santai ja. Elok banyak gambaq dari cerita berjela-jela kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails