Friday, July 30, 2010

Balik Megat Dewa

Salam,

Dipimpin oleh dua abang sepupu cheq

Minggu ni cheq balik kampung mama di Megat Dewa. Sebenarnya setiap minggu kami sekeluarga akan balik kampung. Kalau minggu ni balik Megat Dewa maka minggu depan akan balik Batu 9, Kota Sarang Semut kampung abah. Cuma jika ada hal-hal tertentu ja kami tak balik seperti ada kenduri.

Jadi, pada minggu ni balik Megat Dewa. Pada minggu ni, sepupu cheq pun ada sekali. Meriah la rumah wan. Tambah pulak cheq sekarang tengah berlatih berjalan. Boleh la sket-sket dengan pimpinan orang dewasa.

Kami balik dalam jam 3.30 petang. Selalunya memang time tu la kami bertolak. Jam 4.30 sampai la rumah wan kat Kg. Permatang Kaka tuh. Tu pun berenti banyak tempat sebab abah pulun nak cari jugak roti Gardenia Butterscotch. Nak beli roti tu bukan sebab apa, ada la minggu yang keberapa ntah masa balik dulu mak long ada beli roti tu bagi kat tok. Tok suka dengan rasa roti tu sampai pembungkus plastik tok simpan. Senang tok nak pi beli lagi bila abih tapi apakan daya kat kedai cina Megat Dewa tu tak ada juai.

Melampau sedap roti ni.

Jadi sebab tu la kami berenti merata kedai. Dan mendukacitakan semua kedai dah habis stok. Sori ye tok, nanti AmirFairus cari lagi ye. Aktiviti kat rumah wan biasa je. Main, main, main dan main. Ada yang specialnya sebab minggu ni Mak Ngah wat nasi tomato. Sedapppp. Alhamdulillah rezeki Allah.

Malam baru balik dalam jam 10.00. Perjalanan pulang selesa dan cheq tidoq ja sepanjang perjalanan. Alhamdulillah kami selamat sampai rumah dalam kul 11.00 mlm. Ni, sebelum cheq sambung tidoq, cheq tulih blog sket. Wasalam.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails