Saturday, July 24, 2010

Radix Pizza House - A trip to Sungai Petani

Radix Pizza House
Assalamualaikum.
Lama dah cheq tak update kan blog cheq ni. Bukan pasal apa pun tapi abah sibuk sikit duk guna laptop. Maklum la baru tukaq tempat gheja. Sekarang abah mengajaq di SK Seri Perdana, Aloq Setaq bermula 1 Jun 2010.

New netbook for blogging
Salah satu sebab lagi ialah line internet yakni streamyx baru dipasang kt rumah sewa kami. Tu pun puas abah duk pikiaq siang malam. Masuk, tak masuk, masuk, tak masuk. Last2 sebab ada pakej student yang dapat netbook baru la abah daftar. Guna nama Kak Siti lg. Nanti lah cerita pasai netbook baru tu.

Dah lama tak balik kampung n stay tidoq sana. Minggu ni abah bawak kami balik kampung Bt 9 dan tidoq sana. Nak dipendekkan cerita abah ajak pi Sungai Petani pada pagi Sabtu. Saja jalan-jalan katanya. Mama ok je kalau ajak jalan-jalan makan angin.
Ni bukan Sentral Squre tapi kat Village Mall

Sampai di SP kami pi Central Square. Tempat tu la yang paling ramai orang kt SP ni. Mungkin sebab dekat dengan stesyen bas kot. Mama bila masuk shopping complex mula la nak terjebak dengan offer yang menarik kononnya. Beli lah beliau sepasang kasut. Jenama pa ntah. Abah pulak tukaq bateri jam buruk dia. Semasa tunggu jam nk siap, tak abih-abih abah membelek jam Seiko yang harga seribu lebih. Smabil tu dok komen ' kalau orang boleh beli handset yang harga ribu2, awat tak beli jam yang ribu? Padahal jam lagi tahan lama.' 

Ntah la abah, cheq pun tak tau apa jawapannya sebab cheq ni kecik lagi. Hehe. Lepaih puas ronda-ronda kat Central Square kami pi solat Zohor. Lepas tu nk cari kedai makan. Oleh sebab kami bukan penduduk tempatan, pening jugak mencari. Tambah pulak jalan sesak seperti kat KL ja. Alih-alih abah berenti kat Radix Pizza House. Radix Pizza House ni terletak kat area belakang Tesco SP. Kalau alamat penuh: Radix Pizza House, 245, Jln Lagenda 9, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah. Tel : 04-4213171.

Tempat dan design Radix Pizza House tu kira cantik la. Tapi tak sama design Radix Fried Chicken. Abah cakap kena sokong perniagaan orang Melayu. Betul tu. Cheq sokong. Jadi, mama pun order la 1 spagetti chicken, 1 spagetti tuna ( untuk abah sebab tuna mengandungi omega 3 yang baik untuk jantung ), 1 mushroom soup (untuk cheq padahal abah yang pulun sebab tak kenyang makan spagetti), 1 hot coffee, 1 orange cordial. Kecing $ kecing $. Semua skali RM 31.45. Hehehe. Padan muka abah. 
Order order. Bismillah...

Ni la coffee Radix dengan Spagetti Chicken

Sedap ke tak??? Abah cakap sedap atau tak kita takkan tahu jika tak cuba. Bila dah cuba baru kita tau. Baru kita boleh buat keputusan untuk kembali mengunjungi Radix Pizza House atau sebaliknya. Bagi abah dan mama, mungkin akan pergi lagi ke Radix Pizza House jika ada rezeki kerana belum mencuba hidangan sebenar Radix Pizza House iaitu PIZZA. InsyaAllah...sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails