Monday, January 24, 2011

Kenduri Cukuq Rambut

Salam,
Apa habaq semua? Lama cheq tak belek blog cheq yang satu ni. Maklum la busy dengan bisness. Ceh..lawak ja. Oh ya lupa nak bagitau, la ni cheq ada email sendiri dah. Jadi posting2 lepaih ni kluaq nama cheq sebagai penulis bukan abah lg dah. Saja bg nampak cun sket. Bukan ada apa2 perubahan besar sangat pun. Asasnya masih sama.

Berkenaan dengan tajuk kali ni mengenai kenduri cukuq rambut sepupu cheq yang paling latest iaitu Muhammad Adam Nazhan Bin Nazri anak kepada pakcik Nazri. Sedap betui nama sepupu cheq tu ye. Lama gak la nak dapat nama tu. Macam2 cadangan keluaq masa dok pikiaq pasai nama. Semua pakat keluaq dengan nama2 tertentu tapi akhirnya pakcik dah jumpa nama yang dia berkenan dan semestinya kami semua berkenan jugak.

Bila bab nama dah settle, tiba la masanya nak cukuq rambut pulak. Tok cadang nak buat hari Sabtu lepas iaitu 22/1/2011 tapi abah pulak cakap dia ada mesyuarat. Abah tak kisah kalo kenduri diteruskan pada hari Sabtu tu tapi dia tak dapat la nak tolong sangat. Alahh, kalo abah ada pun bukan boleh tolong sangat pun. Tolong makan ada la. Tu pun kena pantang2. Akhirnya kenduri dijalankan pada hari Jumaat sehari awal dari perancangan. Maka telah dipersetujui majlis dibuat ala kadar saja. Cukupla setakat makan sanak saudara adik beradik dan sedikit jiran. Cadang menu utama tentula nasik dan ayam. Ayam pada mulanya hanya dalam 10 ekoq ja tapi dekat dengan umah wan ada pusat pengajian agama pondok. Budak2 pondok pun dijemput jugak. Dengar kata budak pondok ja dah mencecah dekat 60 orang. Jadi kena la tambah ayam dan lauk2 lain.
Ramai gak ni. Sampai tak muat.
Haa.. ni la proses cukuq rambut si kecik ni.

Dipendekkan cerita, kenduri pun berjalan lancar serta majlis cukuq rambut pun berjalan serentak. Majlis diketuai oleh Ustaz dari pondok sendiri. Lauk pun cukup dan sedap2 belaka. Cuma gambaq ja abah x sempat nak ambik banyak. Maklumla, sibuk layan tetamu. Cheq cam biasa duk main ngan sepupu sepapat cheq. Alhamdulillah semua selesai. Nanti tunggu majlis cukuq rambut adik cheq pulak. Oppss, pecah rahsia.. Apa-apa pun doakan adik cheq nanti sihat.
Wassalam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails