Salam,
Apa habaq semua? Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam blog ala2 diari catatan peribadi cheq. Kali ni cheq nak cerita pasai I-City yang popular di Shah Alam nun di Selagoq kini dah pun ada dia punya 'cawangan' di Aloq Setaq.
Ceritanya awai minggu lepas, maksu yang study kat UITM Shah Alam balik bercuti seminggu sempena Raya Tahun Baru Cina. Maksu sampai kat terminal bas Sahab Perdana lebih kurang kui 5 petang. Jadi, pada malam tu sebagai meraikan maksu yang balik kampung, kami pi makan malam di luar. Mama pun senang hati sebab tak payah masak.
So, malam tu kami menikmati hidangan makan malam di Abang Nasi Tomato di Jalan Putra. Lagipun lama tak makan nasi tomato. Sekali-sekala apa salahnya kan. Masa dok makan tu la camna ntah terkeluaq mengenai I-City yang ada kat Aloq Setaq. Oleh kerana nak tayang kat maksu yang I-City bukan saja ada kat Shah Alam saja, kami pun terus pi sana.
Mula2 ingat nak lintas lalu saja tapi teringin nak singgah tengok dari dekat pulak. Saja snap 2-3 keping gambaq. Leh letak dalam blog. Hehe. Kami pun singgah jap sambil ambik pic dengan pelbagai posing mauit tapi tak leh la cheq letak kat sini sebab untuk tatapan family saja.
Kat mana I-City ni? Ianya terletak di Kota Paris Aloq Setaq. Tanya orang Aloq Setaq depa tau la kat mana Kota Paris tu. Alaaa, depan Masjid Zahir tu. Ramai la orang sekarang ni malam2 sebab pakat pi beriadah di I-City tu. Dulu hanya couple2 ja selalu bertenggek kat tepi kolam air pancut kat situ tapi sekarang ni tidak lagi. Bagus jugak ada I-City ni. Bandaraya Aloq Setaq pun bertambah cantik.
|
cubaan memanjat pokok berlampu. |
|
pokok2 kat sini penuh dengan lampu yang cantik |
|
dimanakah cheq sekarang nih?? |
|
posing gaya model pakaian |
|
close up led flower |
|
with mama n abah |
|
the beautiful fake flower |
|
lovely |
|
hiaahhhkkkk |
|
with my sweet maksu |
|
blue shinning tree |
|
leh cabut tak?? |
|
last action hero |
Kesimpulan yang leh cheq simpul kat sini I-City Aloq Setaq ni kira best la gak dan sangat2 sesuai untuk riadah seluruh ahli keluarga. Walaupun tak besar tapi sangat berbaloi kalo nak kunjung pi sana. Jumpa lagi..
Wassalam.
nak pi jugak la
ReplyDeletepi pi..jgn x pi... majukan pelancongan negara
ReplyDelete