Thursday, April 22, 2010

Mencari Nama Amir Fairus

Maka bila mama ngn abah dapat tau yang cheq ni laki-laki melalui proses scan perut mama, abah pun duk pikiaq nama yang sesuai.
Abah penah tanya mama kot2 ada teringin nama apa2 tp mama kata tak dak. Mama ckp dia berkenan ja apa pun nama yang abah berkenan. Abah seorang guru sekolah rendah. Inilah punca masalah. Kenapa? Sebab setiap kali abah dapat cadangan dari sedara mara dan sahabat handal, abah terus teringat anak2 murid dia. 

Contohnya, ada seorang pekerja nama Pak Nik yang kerja satu sekolah ngn abah cadangkan nama Firdaus. Sedap nama tu kata abah. Memang dah berkenan dah dan sampai hari ni ada beberapa saudara mara tersilap panggil cheq Firdaus. Tapi, abah teringat plak beberapa murid yang nama firdaus yang kebanyakkannya perangai tak semengah. Tapi ada gak yang baik dan berakhlak tinggi.

Anak sedara abah merangkap sahabat baik abah merangkap 2-3 pupu ngan cheq ada anak pompuan yang nama Puteri... Ni membuatkan abah teringin nk letak Putera kt cheq. Jangan letak Putera Umno dah la. Tapi abah segan plak. Kami ni bukan berketurunan raja pun. Jangan kan diraja negeri, raja SMS pun jauh sekali.

Alih2 abah rujuk beberapa buku panduan dan jumpa pengganti Putera iaitu Amir. Amir pun bermaksud putera. Kira cantekk la tu. Putera pa? Amir pa? Fairus plak abah jumpa dalam majalah PaMa. Dalam keluaran tu, ada disenaraikan 5 nama pilihan bulan tu. Salah satunya ialah Fayruz. Sebab abah seorang guru dan xmau menyusahkan guru2 cheq dimasa depan, abah permudahkan ejaannya.

Begitula ceritanya bagaimana cheq dapat nama cheq. Dari buku dan majalah. Oh ya, fairus tu bermaksud permata. Putera Permata la cheq ni. Patut la berseri ja wajah. Hehe. Jangan mare ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails