Ni la rupa cheq masa x sehat tu. Kesian kan. |
Hari ni hari ke 3 cheq rasa sihat sket. Sepanjang minggu lepaih cheq x berapa sihat. Mula2 cheq rasa deman ja. Tak pi klinik pun, setakat pelekat Cold Fever ja kat dahi. Tapi 2-3 ari lepaih tu ada bijik2 kecik kt badan cheq. Mak n abah ingatkan ruam panas. Selalula depa bagi cheq pakai bedak sejuk. Masa ni cheq selalu menangis. Maklumla badan xsihat n rasa lemah je.
![]() |
Ni la rupa bayam duri |
Last2 makcik Na sebelah rumah cakap cheq kena deman campak. Oooo patut la kat badan ada bijik2 kecik tu. Makcik Na yang baik hati tu lagi sekali tolong mama pi mintak air penawar dari rumah ujung. Abah plak balik KSS mintak pokok Bayam Duri http://sumberilmu.info/2008/07/29/khasiat-bayam-duri/ dari Tok Ndak Yah. Daun ni perlu direndam dalam baldi atau besen dan air rendaman tu dimandikan cheq. Tujuannya untuk menghilangkan gatal2 semasa deman campak. Memang berkesan pun. Ternyata ubat-ubatan tradisional tidak boleh dipinggirkan.
Cheq duk pegang ubat demam. Bukan sedap pon. |
Tanda demam campak dah nak habis ialah bijik2 kat badan dah kurang tetapi mula naik bijik2 di kaki. Kiranya kalau dah sampai kaki tu dah masuk frasa terakhir la. Namun, kalo kita tunggu untuk sampai tahap tu memakan masa yang agak lama. Kadang2 sampai 2 minggu. Jadi untuk mempercepatkan proses ni Air Badak cap Kaki Tiga diperlukan. Dengan minum air ni cepat la sket. Dalam 2-3 hari ja dah keluar bijik2 kat kaki. Tu tanda2 dah dekat nk sembuh dah.
![]() |
Ada banyak jenama di pasaran tapi abah selalu pilih cap kaki tiga |
Rupa-rupanya bila dah keluaq habih campak, lum lagi selesai masalah cheq. Cheq di serang cirit-birit pulak. Tanpa berlengah, mama n abah bawak la cheq pi klinik di Lencong Barat. Pakar kanak-kanak gak tu. Nanti cheq cerita lebih detail lagi mana klinik yang selalu cheq pi. Klinik tu dah bagi ubat demam, paket garam, ubat cirit dan susu mamex gold dengan rumusan khas untuk cirit. Kiranya susu ni sangat sesuai untuk time kena serangan cirit.
![]() |
Susu mamex gold tanpa laktosa khs untuk cirit birit |
Mau 2-3 hari gak la nk leh lega dari cirit nih. Habih lampin cheq. Terpaksalah abah ngn mama pi beli lagi. Hehehehe. Ni la kali pertama cheq kena serangan deman dan cirit yang berterusan sampai dekat 2 minggu. Kesian kat mama sampai ada 1 hari tu cheq memang meragam sangat dan menyebabkan mama amik EL (emergency leave). Terima kasih mama. Moga Allah membalasnya. Tapi syukur Alhamdulillah, kini cheq dah sihat seperti sediakala. Moga2 Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada cheq. Amin.
Tak bersemangat je cheq time tu. Isk isk. |
No comments:
Post a Comment