Friday, April 16, 2010

Susu Formula




Semasa cheq dilahirkan memang mama ngn abah duk pening kepala dah pikiaq susu apa yang sesuai. Ikut nasihat orang ramai beli la macam2 jenis untuk cheq try. Mula2 abah beli lactogen. Murah sket n banyak org cakap susu ni budak2 suka dan menggemukkan. Baby yang gedempol2 mesti nampak lagi kiut kan. Cheq pun minum la. Oh ya, nk habaq sat. Susu formula ni hanya untuk sesekali ja. Susu mama tetap menjadi pilihan utama.

Sambung balik. 

Maksu snap gambaq ni masa cheq jeluak. eee
Susu Laktogen memang sedap tapi cheq hanya buang air besaq 2 hari sekali. Nurse yang datang periksa cheq di MD kata susu tak sesuai. Kalu nk tau susu sesuai ke tak pastikan cheq buang air besaq 2 kali sehari. Nak dijadikan cerita lagi cheq kerap jugak jeluak. Org ckp lepaih bg cheq minum susu kena gosok belakang sampai sendawa. Memang cheq ada sendawa tapi jeluak gak. Ni pun sebab susu. Jadi abah kena beli susu lain plak. 

Kali ni beli susu Ammum. Minum punya minum lagi susah nk buang air besaq. Nampaknya nk kena tukaq la gak. Tapi minum susu Ammum tak jeluak teruk sangat. Mama tanya Doktor kat klinik dan dicadangkan cari susu yang ada AR. Anti pa ntah. Last2 jumpa tapi terlalu mahai. Tin kecik ja harga RM76.00. 

Cari brand lain pulak dan jumpa la brand Prisolac Comfort. Susu ni hanya dibuat dalam tin kecik ja. Harga RM26.00 setin. Susu ni punya la baguih dapat menyelesaikan 3 masalah cheq. 
  1. Masalah buang air besar. – selesai.  
  2. Masalah jeluak ( muntah) – selesai.
  3. Masalah kembung perut – selesai.
Power betui susu ni Cuma susah sket nk beli. Tak banyak kedai yang ada juai susu ni. Jadi kena spare sekurang2 2 tin seminggu. Tapi bila cheq dah mula makan nasik, cheq minum susu biasa balik. Sekarang cheq minum susu Prisolac Gold. Sebab utama ialah ianya terdapat dalam tin besaq dan senang mama nak beli sebab ada di kebanyakkan kedai.

1 comment:

  1. as salam.. nk tanya, kat mane nk dpt susu frisolac comfort ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails