Salam,
Ini kali pertama posting yang tidak ada gambar cheq. Sebabnya adalah kerana abah tak sempat nak snap gambar. Ok, sebelum cheq melarut pi ke tajuk lain, lebih baik cheq tumpukan kepada tajuk posting kali ni. Siapa Abang Amirul ni? Abang Amirul ni adalah sepupu cheq. Dia adalah anak kepada Mak Long yang juga merangkap pengasuh kepada cheq.
Abang Amirul ni lebih atau nama panggilan dia Abang Mirul dah bekerja di sebuag gerai makanan nasi ayam. Tokeh nasi ayam tu pulak tinggal berjiran dengan cheq. Apa nama tokeh dia cheq tak tau. Walaupun sekarang ni bulan Ramadhan, mereka tak meniaga di bazar Ramadhan tapi berniaga di tapak berniaga biasa iaitu di tapak pasar malam Mergong. Alaa, depan klinik kesihatan Mergong tu.
Jadi, pada tiap-tiap hari Abang Mirul pun berniagalah seperti biasa. Seperti selalu, Abang Mirul pun melakukan rutin harian seperti biasa. Abang Mirul ada sebuah motosikal Honda EX5. Dengan motosikal itu lah Abang Mirul pi bekerja. Dengan motosikal itu juga la, Abang Mirul menganggkut barang-barang berniaga seperti tong gas dan nasi. Ada juga bahayanya.
Tetapi demi mencari rezeki yang halal bagi membantu keluarga, Abang Mirul suka dan enjoy dengan kerjanya.
Namun begitu malang tidak berbau. Pada 22 Ogos 2010 lebih kurang lepaih Magrib, Abang Mirul sedang menunggang di bahu jalan ataupun di tepi jalan raya berhampiran gerai tempat dia bekerja sambil membawa tong gas. Tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu oleh seornag lelaki Cina merempuh Abang Mirul. Akibatnya, Abang Mirul cedera serta luka-luka diseluruh badan. Yang paling teruk ialah di atas kepala sehingga perlu di jahit.
Abang Mirul pengsan ditempat kejadian. Perkhidmatan ambulan dari hospital Sultanah Bahiyah digunakan. Pihak Polis menahan lelaki Cina yang telah melanggar Abang Mirul diatas dua sebab. Pertama, bimbang kes ini menjadi kes kemalangan maut. Kedua, bimbang jika berlaku amukan orang kampung terhadap lelaki tersebut. Maklumla, orang sekeliling mengenali Abang Mirul. Ada saksi yang melihat kejadian menghubungi Mak Long memaklumkan kejadian tersebut. Seterusnya Mak Long menghubungi mama nak mengajak mama ke Hospital Sultanah Bahiyah. Malangnya, abah masih belum balik dari terawih di Masjid Ubudiyah, Mergong. maka, Mak Long bekejar ke hospital dengan Abang Lan iaitu abang kepada Abang Mirul.
Apabila abah balik dari solat terawih dalam jam lebih kurang 9.40 malam, mama terus mengajak ke hospital. Kami ke hospital segera bersama-sama Kak Long dan Kak Dilla. Sampai disana Abang Mirul belum dikeluarkan dari kecemasan. Namun begitu, Abang Mirul hanya ditempatkan di zon kuning. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan serious seperti retak atau patah.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Abang Mirul perlu direhatkan di hospital yakni di pantau selama beberapa jam. Jadi, kami semua pun pulang ke rumah kecuali Mak Long dan Abang Lan menunggu di hospital. Lebih kurang jam 4.00 pagi, Abang Mirul dibenarkan pulang. Abah pi jemput dan hantar kerumah. Sepanjang perjalanan, abah cakap kesian tengok Abang Mirul. Sebelah matanya tidak boleh bukak. Belakang badannya diseret di jalan menyebabkan air bisa sentiasa ada. Mesti pedih.
Abang pun tak sanggup nak ambik gambaq nak letak kat blog cheq ni. Pihak hospital suruh Abang Mirul ke klinik kesihatan Mergong setiap hari untuk mencuci darah. Mak Long lagi kesian cheq tengok. Sedih dan gelisah. Mana taknya bila tengok anak menahan sakit setiap kali bergerak. Sabar la ye.
Kepada Abang Mirul cheq doakan semoga cepat sembuh.
p/s : cerita ni berdasarkan dari cerita beberapa saksi dan saudara mara. Bukan dari Abang Mirul lagi. Jika ada perubahan akan di update kan di posting lain.Sekian.

arini pi balai polis trafik. dapat la sket info.rupanya cina tu cakap moto abang mirul xdak lampu. bohong betui. ada jugak org kg cerita dia cuba melarikan diri selepas kemalangan. yang paling penting polis kata cina tu salah sebab langgar dari belakang.
ReplyDelete