Assalamualaikum...
Rasanya masih belum terlambat untuk cheq mengucapkan salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini sekali lagi. Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir ataupun sebaliknya. Sebaiknya, kita dapat memanfaatkan peluang kita beribadat di bulan Ramadhan kali ini.
Cheq bukan nak bagi ceramah agama untuk posting kali ini. Lagipun, cheq bukan berpuasa pun di sepanjang bulan Ramadhan ni. Namun begitu, cheq berpeluang melakukan beberapa aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa sepanjang bulan Ramadhan ni. Antaranya :
Membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan.
Yang ni antara yang paling best. Tiap-tiap petang dapat keluaq pi meronda-ronda di bazar Ramadhan sekitar Aloq Setaq. Belum missed lagi tau. Hari pertama cheq pi bazar Ramadhan di tapak pasar Kuala Sungai. Orang punya la ramai sampai nak tengok kuih pun tak boleh. Maaf la ye, tak sempat nak snap gambaq. Sesak sangat orang. Nanti depa marah pulak. Orang nak beli cucuq, cheq dok posing ganggu lorong gerai. Abah beli yong tau foo. Memang favourite dia makan yong tau foo. Ada 1 gerai ja juai yong tau foo. Sedap la jugak kata abah. Cheq? Cheq cam biasa, murtabak. Kat bazar ni purata orang juai RM2.00 sekeping murtabak. Sekali tengok orang beratur cam sedap sangat tapi hampeh. Bawang ja lebih.
Hari kedua pulak cheq pi bazar Ramadhan Taman Wira Mergong. Tempat tu luas dan orang lebih ramai dari bazar Ramadhan Kuala Sungai. Sini kawasan student Insaniah sebab tu la ramai. Lagipun, orang yang kerja opis, balik kerja jam 4.30 petang terus singgah kat sini. Juadah terlampau banyak sampai mama dengan abah pi 2 round tapi belum beli apa-apa. Alih2 abah dengan mama beli kuih je seringgit. Mama cakap nak balik masak nasi kat rumah.
Hari ketiga yakni hari Jumaat merangkap hari balik kampung. Minggu ni pulak balik kampung di Megat Dewa. Hujan turun lebat. Ingat tak dapat keluaq dah, tapi dalam jam 6 petang, hujan berenti. Kali ni pi bazar Ramadhan kat pekan Kodiang. Beli beli beli, balik rumah wan, mama bising-bising cakap bazar Ramadhan kat pekan Kodiang mahai sangat. Apa yang mahai? Mama beli ikan tilapia bakaq 2 ekor. Harga RM11.00. Masa tanya harga tu, peniaga tu siap pikiaq sejenak. Lama gak sebelum nak letak harga. Masa tu pulak mama dok pegang not RM50. Makanan favourite cheq, murtabak pun mama beli. Kalo dekat Aloq Setaq RM2 sekeping tapi kat Kodiang RM2.50. Banyak jutawan ke kat Kodiang? Dah tu tak rasa pa pun. Tawar je. Wan ada beli gak murtabak kat bazar Ramadhan batu 17, RM1.80 sedap sangat. Banyak daging pulak tuh. Huiii, ntah la.
Hari keempat hari paling sadis. Cheq pi bazar Ramadhan paling sibuk di Aloq Setaq iaitu di Stadium Darulaman. Makk aiihhh..Dah la kena parking kereta jauh, pengunjung punya la ramai. Terlampau ramai. Disini memang juadah yang dijual banyak jenis. Lebih banyak dari Bazar Ramadhan Taman Wira. Tapi sayangnya nak melihat jaudah pun tak boleh. Sempit. Peniaga pulak seperti sengaja sempitkan lorong dengan meletakkan meja perniagaan depa lebih kehadapan. Sehinggakan seperti jalan raya yang sesak denagn kenderaan ketika polis melakukan sekatan jalan. Ditambah pulak dengan asap dari ikan dan ayam bakaq menganggu pernafasan. ada 1 hidangan yang best tapi tak sempat nak beli iaitu, murtabak Restoran Rose. Memang terkenal murtabak tu. Harga mahal la sket tapi berbaloi. RM3.50.
Hari kelima, mama tak ikut sebab dia nak masak. Jadi abah bawak cheq pi bazar Ramadhan depan taman Inang ni je. Gerai tak banyak. Ada la dalam 20 gerai. Tapi abah cakap situ la bazar Ramadhan yang paling best buat masa ni. Kenapa? 1. Sebab tak ramai sangat orang. Boleh jalan rileks-rileks. Malah, cheq pun abah biaq berjalan sendiri. 2. Harga berpatutan. 3. Dekat dengan rumah. 4. Juadah sedap. Laksa- sedap. Murtabak Ayam - sedap. Karipap Sardin - sedap. Koteow goreng - sedap. Jus oren - ok la. Setakat ni bazar ni dh pi 2 kali dah.
pic ambik dari google bukan snap sendiri |
Panjang pulak cheq bercerita kali ni. Ada 2-3 bazar Ramadhan nak cerita ni tapi nanti boring pulak sapa-sapa yang membaca. Selalunya orang nak tengo gambaq ja. Kalo ada permintaan cheq sambung bercerita lagi.
Menempah pakaian bagi menyambut Syawal
Mama dengan abah bersetuju untuk menyambut raya kali ni dengan berpakaian sedondon warna. Jadi, kami pi ke Nagoya tekstile untuk beli kain. Duit mama tu. Kaler?? Nanti bila siap, cheq upload gambaq. Nak tempah baju yang jadi masalah. 3 beranak kami semua tempah di tempat berasingan. Mama tak pa la sebab dia ada tailor tetap dia iaitu Kak Yati di Kg. Mergong tu. Baju untuk cheq yang menjadi masalah. Kebanyakkan tailor tak nak terima tempahan untuk baju kanak-kanak sebab tukang jahit tak terima. Susah katanya. Kedai hanya memotong dan hantar ke tukang jahit tapi tukang jahit tak terima. Masa yang diambil untuk menyiapkan 1 tempahan baju kanak-kanak bersamaan masa yang diambil untuk menyiapkan 2 atau 3 tempahan baju dewasa. Ghenyah orang Kedah kata. Nasib la ada makcik yang buka kedai menjahit di Kuala Sungai sanggup terima selepas mama pujuk. Bayaran makcik tu mintak mahai sket. Nak tau berapa? RM18.00. Dengaq ja harga tu, mama terus setuju. Kira murah le tu. Masalahnya dia tak mau tempahan dari abah pulak, jadi terpaksa la abah cari kedai lain..
Abah pun pi cari merata. Kebanyakkan kedai dah tutup tempahan. Kebanyakkan takut tak sempat siap bila tiba Hari Raya nanti. Last2 abah jumpa jugak kedai jahit di jalan kancut belakang bangunan Celcom. Gerai-gerai kat situ semua yang dipindahkan sementara kerana bangunan baru sedang dibina di kedai lama di stesyen bas baru. Tempahan di cas RM100. Abah duk membebel sebab kalo beli John Master pun tak sampai RM100.
Abah pun pi cari merata. Kebanyakkan kedai dah tutup tempahan. Kebanyakkan takut tak sempat siap bila tiba Hari Raya nanti. Last2 abah jumpa jugak kedai jahit di jalan kancut belakang bangunan Celcom. Gerai-gerai kat situ semua yang dipindahkan sementara kerana bangunan baru sedang dibina di kedai lama di stesyen bas baru. Tempahan di cas RM100. Abah duk membebel sebab kalo beli John Master pun tak sampai RM100.
Membeli belah persiapan di bulan Ramadhan.
Ada beberapa benda keperluan yang mama dan abah teringin nak beli dari duli lagi sebelum Ramadhan dan antara yang paling penting ialah radio. Untuk apa radio ni?? Sudah tentu untuk mendengar laungan azan dari Kedah fm sebagai tanda masuknya waktu berbuka bagi kawasan Kota Setar. Dan untuk pengetahuan semua, sampai ke hari ini belum beli lagi. Asyik pi tengok kat sana, pi tengok kat situ. Beli tak pun.
Berbuka dan bersahur ( soq )
Berbuka tiap-tiap hari la. Seronok gak. Ada murtabak selalu. Lauk pun sedap-sedap gak. Bersahur je baru sekali. Nanti lain kali boleh lagi. Latihan semasa kecil. Hehehe.
Cukup la dulu untuk kali ni. Rasa cam dah terlalu panjang sangat. Selamat beribadah di bulan Ramadhan. Wassalam.
No comments:
Post a Comment