Friday, January 28, 2011

Makanan Yang Paling Sedap

Salam, apa habaq semua? Cheq Alhamdulillah baik ja sekeluarga. Kali ni saja ada crita pendek yang cheq nak bagitau yang cheq dah ada makanan kegemaran. Makanan yang cheq paling suka. Kalau cheq makan atau disuapkan makan mesti susah. Tak pun cheq akan berlari kesana-kemari. Terpaksa la sapa pun yang menyuapkan cheq ligan(kejar) cheq. Dulu abah ngan mama ingat cheq suka bubuq yang depa beli kat pasar tani di Taman Wira Mergong tu. Memang cheq suka tapi belum tahap terlampau suka.


Apa bendanya? Cheq kalau makan yang ni sampai tak bangun2 dah. Mengadap sampai habih. Bila dah abih tambah pulak. Tambah lagi. Tambah lagi. Dan lagi. dan lagi.



Mengumumkan bahawa makanan kegemaran cheq adalah LAKSA. Yaa, tambah pulak pi la mana2 kat Kedah ni belambak orang juai laksa. Ada yang sedap dan ada yang tak. Tapi bagi cheq semua sedap. Jadi kalau ada sapa2 yang nak belanja cheq makan lepaih ni pastikan pilih laksa. Takpun kalau ada sapa2 yang nak cheq jadi menantu depa pastikan anak depa reti masak laksa. Hehe. Acah ja. Dibawah ada sedikit sedutan cheq makan laksa yang dibeli di pasar malam.


Bismillahirahmanirrohim...

Sedap tak henggaaa

Tumpah sket2 tu biasa la...
Satu ja kelemahan makan laksa ni. Bila malam time tidoq mesti perut cheq kembung. Jadi terpaksala disapu ngan minyak yuyi cap limau. Tak silap ada cheq crita pasai kebaguihan minyak ni. Cuba check post2 yang lama dulu. Ok la, nti jumpa lagi. Wassalam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails