Tuesday, January 25, 2011

Selamat Pengantin Baru

Salam,
Apa habaq semua? Cheq rasa masih belum terlambat untuk cheq mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Kakak Noraisyah serta suami abg Salman. Sapa kak Noraisyah ni? Kak adalah sepupu cheq. Anak sulung PakLong Lan. Kiranya cucu paling tua Wan ngn Tok sebelah Kota.

Khusyuk ja...
Majlis pernikahan diadakan di rumah PakLong Lan di sebelah Taman Impian Kota Sarang Semut, Kedah. Masa ni pengantin pakai serba putih. Mungkin sebab dah tema kot. Abih kain tirai pun putih hitam. Penah gak dengaq kata tema kaler tu. Lagipun mama pun ada beli set bunga telur warna putih hitam tapi bukan untuk majlis pernikahan tapi untuk majlis kenduri kahwin sebelah pengantin perempuan. Majlis Pernikahan ni diadakan pada 12/12/2010. Majlis berjalan secara sederhana dan tenang. Takdak la kecoh2 seperti pengantin perempuan lari ke. Hehe.


Abang Salman nampak tenang padahal dalam hati terlampau berdebar2



Aku nikahkan dikau......(dup dap dup dap)


Amin...Alhamdulillah lepas dengan sekali lafas.

PakLong Lan mengaminkan doa
Sempat la gak cheq snap 2-3 keping gambaq kenangan...

sain surat nikah. orang kata ni la geran. tukaq nama. cewahh

Kakak pun kena sain surat nikah gak.

Cincin pernikahan dalam dulang hantaran

Upacara batal ayaq sembahyang dan sarung cincin.

Tangan abang Salman ketaq. Hehehe

Jap jap. lama sket. Kami nak amik gambaq ni...

Giliaq kakak pulak sarung cincin kat abg Salman

Ni pun sama. Lama sket ye...

Sama padan. Moga dkekalkan jodoh hingga akhir hayat

Kakak lena... letih kot.

 Majlis kenduri di pihak perempuan pulak diadakan pada 17/12/2010. Meriah sangat2. Ramai sanak saudara adik beradik mai. Time ni la nak jumpa kan. Cuba check kalendar 17 tu hari pa? Ya...hari Jumaat. Kalo di Kedah ni kira janggal la wat kenduri kawin hari Jumaat. Bukan apa takut jadi kelam kabut tapi Alhamdulillah syukur semua berjalan lancar. Terimakasih kepada semua yang terlibat. Oh ya..minta maaf banyak2 juga jika ada yang tidak dijemput maklumla kita semua manusia mungkin terlepas pandang. Sekali lagi cheq mewakili PakLong Lan minta maaf banyak2. Kepada semua tetamu yang hadir terima kasih. Gambaq cheq tak ada time kenduri ni sebab abah sibuk bersembang dengan kawan2 dia. Tak pa, kalo nak tengok leh pi masuk fb kakak. Salman N Aisyah Corner.

Ok, langkau terus ke kenduri sebelah pihak lelaki yakni umah abg Salman. Umah abang Salman bukannya jauh sangat pun. Kat Simpang Empat ja. Taman pa natah. Cheq pun tak ingat. Cheq kecik lagi. Oh.. tarikhnya pada 19/12/2010. Selang sehari je la. Kenduri makan sedapppp. Menggunakan khidmat katering dari Restoran Haji Ramli Simpang Empat yang terkenal tu. Berapa kos cheq pun tak tau. Dengaq2 tak la mahai sangat. Sama ja ngan katering lain. Tak pa la..janji semua selesai..
Udang yang sangat menyelerakan

Bergambaq dulu sebelum bertolak

Amik gambaq lagi

Kami nak balik dah noo. isk isk isk

Hang jaga diri elok2. Patuh pada suami. Janagn dok tidoq siang sanagt (mungkin tu kot yang MakLong pesan kat kakak)
Dah settle semua kenduri kendara. Bila la cheq nak naik pangkat jadi pak menakan tak tau??? Pasangan ni pi berbulan madu di Langkawi. Ada sponsor lagi. Siap beli sepasang baju n seluaq kat cheq. Terima kasih kakak n abang Salman. Selamat menempuh hidup berumahtangga.





3 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru Kakak n Salman

    ReplyDelete
  2. Wah,sudah sgt baik dpt tau ape yg berlaku di kota sarang semut...sedih betul tak dpt datang majlis kenduri haritu!Selamat Pengantin Baru aisyah & suami:).

    ReplyDelete
  3. Ye laa. Rugi tak dapat balik kan..Pakcik blik pun jadi la. Wakil dari Sg Penchala. Kenduri kan hari Jumaat. Yang lain xdapat blik. Lain kali ye. Tak pun giliran kami kesana plak sb kenduri Hajar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails